Wednesday, February 11, 2009

masalah PRINTER dan penyelesaiannya

PRINTER

Printer tidak dapat mencetak
# Ada beberapa sebab yang bekemungkinan menyebabkan printer tidak dapat mencetak antara sebabnya adalah sperti berikut :-

+periksa sambungan printer dengan bekalan power. Pastikan kabel power telah dimasukkan pada portnya dengan sempurna.

+Periksa pada cable data yang menghubungkan printer dengan komputer. Pastikan sambungan dimasukkan dengan kemas dan sempurna.

+Cuba menggunakan cable printer yang lain, pinjam pada kawan yang mempunyai cable yang sama dan cuba. Ini kerana pernah terjadi apabila ditengah-tangah penyambungan cable, terdapat salah satu wayarnya telah putus didalamnya.

+Periksa driver dan pastikan telah dinstall, dan pastiakn driver yang digunakan adalah yang betul.

+Pastiakn driver printer selalu diupdate.

+Pastikan ruang hard disk masih ada kosong, sesetengah masalah printer tidak dapat mencetak akibat daripada berat untuk menghantar data.

+Periksa jika ada berlakunya konflik, jika ada berlakunya konflik, cuba install driver sekali lagi dan restart computer untuk mengelakkan berlakunya konflik.

No comments: