Wednesday, February 11, 2009

masalah KAD PAPARAN dan penyelesaiannya

KAD PAPARAN

Masalahnya adalah komputer tidak dapat dihidupkan apabila di ON kan.

Penyelesaiannya:-
Masalah adalah pada kad paparan.Pastikan ianya di pasang dengan betul dan kemas pada slotnya.Sekiranya tidak dapat di ON kan juga tukar kad paparan baru.

Warna penghias dinding (wallpaper) kurang cantik.penghias dinding tidak memaparkan warna gambar yang cantik setelah sistem operasi berfungsi.

Penyelesaiannya:-
Masalahnya mungkin disebabkan oleh kad paparan yang tidak serasi dengan perisian (driver)
atau perkakasan yang lain.Cuba periksa kad paparan yang anda gunakan.

Pemasangan kad paparan jenis NVIDIA pada cip set papan induk jenis ALI menyebabkan kewujudan masalah pada skrin komputer.

Penyelesaiannya:-
Masalahnya kad paparan dengan cip set papan induk.Ketidakserasian di antara kad paparan dengan cip set papan induk adalah melalui penaikan taraf perkakasan atau perisian tersebut.Cuba menaik tarafkan perisian untuk menyelesaikan masalah.

Komputer selalu tergendala dam memaparkan gambar yang tidak stabil.

Penyelesaiannya:-
Masalahnya adalah kerana kad paparan tidak memperolehi voltan kuasa yang mencukupi.Kad paparan akan rosak jika voltan kuasa terlalu tinggi.Penyelesaian masalah voltan kuasa boleh dilakukan dengan menyesuaikan voltan kuasa AGP.

Pembesar pada bahagian casing akan berbunyi dengan panjang sekali,diikuti 3 kali bunyi pendek

Penyelesaiannya:-
Buka kad paparan tersebut,kemudian pasang kembali kad paparan tersebut.Jika masih dalam keadaan yang sama cuba pasang komputer yang lain untuk melihat kerosakkannya.Jika keadaan yang sama berlaku,perlulah menukar kad paparan yang baru.

Komputer yang dilengkapi dengan DirectX mempunyai fungsi yang luas sperti perlaksanaan paparan 2D oleh Direct Draw,paparan gambar 3D oleh Direct 3D,kesan bunyi 3D oleh Direct Sound dan lain-lain lagi.Komputer tidak dapt melakukan fungsi-fungsinya apabila DirectX bermasalah.

Penyelesaiannya:-
Cuba pasangkan kad paparan tersebut jika bermasalah juga naik tarafkan edisi baru DirectX.Dapatkan maklumat melalui laman web rasmi Microsoft,hhtp://www.microsoft.com/direct

No comments: