Tuesday, February 17, 2009

PCMASTER PROFILE

Latar belakang syarikat

PC MASTER ENTERPRISE
NO,35B ,TINGKAT 2,
MEDAN KID,
30200 IPOH
PERAK DARUL RIDZUAN.
NO. TEL/FAKS : 05 – 2542963
NO. TEL (H/P) : 019 – 5589628 / 016 – 5640414
LAMAN WEB : www.mypcm2u.com


Sejarah penubuhan syarikat

»Didaftarkan pada 25 Jun 2001
»Skop perniagaan yang dijalankan seperti penjualan perkakasan dan perisian,servis computer,pembangunan perisian aplikasi dan laman web,pembangunan rangkaian.


Objektif syarikat

Kepuasan pelanggan adalah menjadi keutamaan
memberikan servis yang terbaik dan juga kemudahan seperti memperbaiki kerosakan komputer secara profesional.
Menjadi sebuah syarikat IT yang berdaya maju dan inovatif.


Misi dan Visi Syarikat


MISI
Kecemerlangan dalam perkhidmatan yang profesional kepada setiap
Pelanggan.

VISI
Membentuk sebuah syarikat yang berkaliber dan berinovatif dalam industri negara yang berdaya saing.



Perkhidmatan yang disediakan

1.Membekalkan komputer / Laptop baru dan terpakai.

2.Membekalkan eksesori / peralatan bagi komputer / Laptop.

3.Membekalkan perkakasan rangkaian ( Networking ) / Sistem rangkaian rumah / pejabat.

4.Memasang , menyelenggara , membaik pulih perkakasan komputer / Laptop dan perisian komputer.

5.Pembinaan laman web , domain dan hosting.

6.Perkhidmatan internet.

7.Runding cara khidmat nasihat berkaitan computer / rangkaian / laman web.

Sunday, February 15, 2009

masalah RAM dan penyelesaiannya

RAM
-Bunyi beep tidak berhenti pada CPU

Penyelesaian:-
masalah ini sering berlaku apabila RAM longgar atau tidak dipasangkan pada tempat yang betul. Penyelesaianya periksa RAM tersebut dan pastikan dipasang dengan kemas.

-Komputer tidak dapat masuk ke windows.

Penyelesaian:-
RAM bermasalah. Bersihkan RAM tersebut menggunakan pemadam getah. Jika masih tidak dapat masuk ke windows gantikan dengan RAM yang baru.

-Komputer lembab untuk membuka sesuatu fail dan sukar melakukan sesuatu kerja.

Penyelesaian:-
masalah ini sering berlaku apabila kapasiti RAM sesebuah komputer rendah. Tambah kapasiti RAM untuk menyelesaikan masalah ini.

-Komputer selalu HANG apabila di ON

Penyelesaian:-
masalah ini berlaku berpunca daripada RAM. RAM yang dimasukkan pada slotnya tidak ketat dan longgar. Penyelesaianya kemaskan RAM pada slotnya dan pastikan RAM dimasukkan pada Slotnya yang betul.

-Monitor tidak berfungsi (display)

Penyelesaian:-
masalah berpunca daripada RAM. RAM yang berada didalam komputer tidak bersih. Masalah ini sering berlaku apabila penggunanya kurang melakukan proses cucian terhadap komputer daripada habuk. Untuk menyelesaikan masalah ini, cuci RAM tesebut menggunakan kain yang di khaskan atau bersihkan mengunakan pemadam getah. Lakukan proses bersih dangan berhati-hati.

-Masalah peririsan gagal dinstall, ketika proses install akan keluar WARNING (out of memory).

Penyelesaian:-
masalah ini boleh diatasi dengan menukar RAM baru atau menanbah kapasiti RAM kepada yang lebih tinggi. Masalah ini berlaku apabila sesuatu perisian yang baru dinstall memerlukan kapasiti RAM yang lebih tinggi.

-Masalah blue screen pada komputer, blue screen akan mengeluarkan masej seperti ini:-
* Adress 804307a2 base at 80400000 datestamp 3bd4553-ntoskrnl.exe* Beginning dump of physical memory* Physical memory dump complete. Contact your system administrator or technical support
group

Penyelesaian:-
masalah ini berlaku akiba daripada RAM. RAM yang digunakan tidak mencukupi kapasiti yang di pelukan oleh komputer tersebut. Untuk mengatasi masalah ini, tambah kapasiti RAM kepada yang lebih tinggi.

-DISPLAYRAM ErrorBiasanya paparan ini dihasilkan oleh komputer jenis XT. Keadaan ini disebabkan oleh RAM (64Mb/128Mb/256Mb) pada bahagian Bank ) telah rosak.

Penyelesaian:-
Periksa semua RAM pada bahagian BANK 0 dan pastikan manakah yang rosak. Tukarkan RAM ini dengan yang baru.

-Screen paparan akan mengeluarkan error code ketika poses ON komputer. Error code yang dipaparkan adalah sperti berikut (201-299 )

Penyelesaian:-
periksa pada RAM. Masalah ini sering berlaku apabila RAM longgar dan terangkat daripada slotnya. Untuk menegatasinya masukkan semula RAM tersebut pada slotnya, dan pastikan ndimasukkan dengan ketat dan kemas.

masalah CD-ROM dan penyelesaiannya

Masalah CD-ROM

· CD-ROM tidak dapat dikesan oleh komputer

Penyelesaiannya:-
1)periksa pada kable kuasa (power cable), masalah kable kuasa sering berlaku pada cd-rom akibat daripada kuasa voltan tinggi secara tiba-tiba.

2) periksa pada kable kuasa, berkemungkinan cable kuasa longgar pada port nya.

3) periksa pada cable IDE. Pastikan cable IDE dimasukkan pada slot nya dengan kemas dan sempurna. Pastikan juga jika komputer model lama, pastikan cable IDE yang digunakan pada cd-ROM adalah slave untuk mengelakkan berlakunya masalah pada Hard Disk.

4) pastikan jumper di bahagian belakang CD-Rom dipasang dengan betul mengikut cable yang dipasang.

· CD yang digunakan tidak dapat dibaca oleh CD-ROM
Penyelesaiannya:-
-pastikan CD-ROM selalu dicuci. Cuci menggunakan cleaning cd rom. Pastiakn cucian mengikut jadual.

· CD DOS tidak boleh dibaca ketika proses format PC

Penyelesaiannya:-

-pastikan sebelum melakukan proses fomat komputer, pastikan CD-Rom didalam BIOS adalah yang pertama.

Saturday, February 14, 2009

masalah VIRUS dan penyelesaian

VIRUS

  • Komputer slow atau lembab apabila buka sesuatu fail.

Penyelesaian:-

masalah ini disebabkan oleh serangan virus, untuk mengatasi masalah ini, install perisian anti- virus yang terbaru dan pastikan anti-virus ini diupdate mengikut jadual.


  • Komputer selalu HANG dan tersekat-sekat

    Penyelesaian:-

    Serangan virus boleh menyebabkan masalah ini timbul. Bagi mengatasi masalah ini komputer haruslah diinstall perisian anti-virus yang terbaru, dan pastikan perisian ini selalu diupdate mengikut jadual yang disediakan.


  • Banyak fail .exe muncul dengan tiba-tiba

    Penyelesaian:-

    Fail ini tercipta akibat daripada kehadiran virus-virus yang menyerang komputer. Fail .exe ini adalah sejenis virus yang mencipta dirinya sebagai satu fail atau folder. Jika pengguna tidak mengatasi masalah ini, fail exe ini akan tercipta lebih banyak. Untuk mengatasinya pastikan perisian anti-virus telah diupdate dan lakukan proses full scan pada komputer untuk membuang virus yang ada.


  • Banyak fail-fail penting hilang secara tiba-tiba

    penyelesaian:-

    masalah ini disebabkan oleh serangan virus pada komputer pengguna. Untuk mengatasinya pastikan perisian anti-virus telah dinstall dan diupdate. Bagi fail-fail yang telah hilang, untuk mendapatkannya cuba guna perisian FILE RECOVERY PRO. Download perisian tersebut pada Http://www.lc-tech.com/demo/frprodemo.html.


  • Folder options pada komputer hilang.

    Penyelesaian:-

    folder options hilang dengan tiba-tiba akibat daripada serangan virus pada komputer. Bagi mengatasi masalah ini pastikan anti-virus telah dinstall dan anti-virus sentiasa diupdate mengikut jadual yang ditetapkan.untuk mengembalikan folder options yang telah hilang, pengguna harus format komputer tersebut.


  • Kapasiti hard disk berkurangan secara tiba-tiba.

    Penyelesaian:-

Masalah ini berlaku akibat daripada virus yang menyerang komputer. Virus jenis ini tidak akan dapat dilihat dengan mata kasar kecuali apabila discan dengan perisian antivirus yang terbaru. Pastiakan anti-virus diupdate dan lakukan proses full scan pada komputer bagi membuang virus yang ada.


  • Banyak berlakunya error fail.

    Penyelesaian:-

    untuk menyelesaikan masalah ini, cuba guna perisian REGCURE membuang error fail yang disebabkan oleh virus.Seterusnya scan dengan anti-virus yang terbaru.

Wednesday, February 11, 2009

masalah KAD PAPARAN dan penyelesaiannya

KAD PAPARAN

Masalahnya adalah komputer tidak dapat dihidupkan apabila di ON kan.

Penyelesaiannya:-
Masalah adalah pada kad paparan.Pastikan ianya di pasang dengan betul dan kemas pada slotnya.Sekiranya tidak dapat di ON kan juga tukar kad paparan baru.

Warna penghias dinding (wallpaper) kurang cantik.penghias dinding tidak memaparkan warna gambar yang cantik setelah sistem operasi berfungsi.

Penyelesaiannya:-
Masalahnya mungkin disebabkan oleh kad paparan yang tidak serasi dengan perisian (driver)
atau perkakasan yang lain.Cuba periksa kad paparan yang anda gunakan.

Pemasangan kad paparan jenis NVIDIA pada cip set papan induk jenis ALI menyebabkan kewujudan masalah pada skrin komputer.

Penyelesaiannya:-
Masalahnya kad paparan dengan cip set papan induk.Ketidakserasian di antara kad paparan dengan cip set papan induk adalah melalui penaikan taraf perkakasan atau perisian tersebut.Cuba menaik tarafkan perisian untuk menyelesaikan masalah.

Komputer selalu tergendala dam memaparkan gambar yang tidak stabil.

Penyelesaiannya:-
Masalahnya adalah kerana kad paparan tidak memperolehi voltan kuasa yang mencukupi.Kad paparan akan rosak jika voltan kuasa terlalu tinggi.Penyelesaian masalah voltan kuasa boleh dilakukan dengan menyesuaikan voltan kuasa AGP.

Pembesar pada bahagian casing akan berbunyi dengan panjang sekali,diikuti 3 kali bunyi pendek

Penyelesaiannya:-
Buka kad paparan tersebut,kemudian pasang kembali kad paparan tersebut.Jika masih dalam keadaan yang sama cuba pasang komputer yang lain untuk melihat kerosakkannya.Jika keadaan yang sama berlaku,perlulah menukar kad paparan yang baru.

Komputer yang dilengkapi dengan DirectX mempunyai fungsi yang luas sperti perlaksanaan paparan 2D oleh Direct Draw,paparan gambar 3D oleh Direct 3D,kesan bunyi 3D oleh Direct Sound dan lain-lain lagi.Komputer tidak dapt melakukan fungsi-fungsinya apabila DirectX bermasalah.

Penyelesaiannya:-
Cuba pasangkan kad paparan tersebut jika bermasalah juga naik tarafkan edisi baru DirectX.Dapatkan maklumat melalui laman web rasmi Microsoft,hhtp://www.microsoft.com/direct

masalah PRINTER dan penyelesaiannya

PRINTER

Printer tidak dapat mencetak
# Ada beberapa sebab yang bekemungkinan menyebabkan printer tidak dapat mencetak antara sebabnya adalah sperti berikut :-

+periksa sambungan printer dengan bekalan power. Pastikan kabel power telah dimasukkan pada portnya dengan sempurna.

+Periksa pada cable data yang menghubungkan printer dengan komputer. Pastikan sambungan dimasukkan dengan kemas dan sempurna.

+Cuba menggunakan cable printer yang lain, pinjam pada kawan yang mempunyai cable yang sama dan cuba. Ini kerana pernah terjadi apabila ditengah-tangah penyambungan cable, terdapat salah satu wayarnya telah putus didalamnya.

+Periksa driver dan pastikan telah dinstall, dan pastiakn driver yang digunakan adalah yang betul.

+Pastiakn driver printer selalu diupdate.

+Pastikan ruang hard disk masih ada kosong, sesetengah masalah printer tidak dapat mencetak akibat daripada berat untuk menghantar data.

+Periksa jika ada berlakunya konflik, jika ada berlakunya konflik, cuba install driver sekali lagi dan restart computer untuk mengelakkan berlakunya konflik.

PENGENALAN TENTANG PERMASALAHAN DI DALAM SISTEM KOMPUTER.


SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI


Troubleshooting merupakan cara menyelesaikan masalah pada sistem komputer atau peranti teknologi lain menggunakan cara yang sistematik. Pendekatannya adalah menemukan sumber permasalahan atau kesalahan agar dapat diperbaiki. Troubleshooting sering di salah anggap sebagai masalah itu sendiri, bukan cara penyelesaian masalahnya.
Ada berbagai jenis permasalahan komputer dan troubleshooting, baik pada hardware ataupun software. Misalnya apabila komputer dihidupkan, skrin monitor tidak menyala. Troubleshootingnya adalah mencari penyebab monitor tidak menyala, adakah kerana kerosakan hardware, kesalahan sistem operasi, atau kerosakkan lain. Pemeriksaan kesalahan yang dilakukan misalnya memeriksa sumberdaya monitor, memastikan struktur VGA tidak kendur, memeriksa kabel VGA, atau membooting komputer melalui save mode. Perbaikan yang perlu dilakukan bergantung pada jenis kesalahan yang ditemui, misalnya mengetatakan struktur VGA dan kabel, atau perlu menggantikan salah satu komponen monitor yang rosak.Dengan ini senarai tentang masalah-masalah dan penyelesaiannya telah disediakan untuk kemudahan orang ramai.